Gelihati...

>> Sabtu, 2 Mei 2009



Mencuri

Seorang pemuda sedang menjalani perbicaraan dihadapan hakim atas tuduhan mencuri basikal seorang gadis.
Pemuda: Tidak! Saya tak curi basikal itu.
Hakim: Jangan kamu cuba menipu. Gadis ini membuat laporan mengatakan kamu mencuri basikalnya.
Pemuda: Dia tipu! sebenarnya, dia memberikannya secara percuma.
Hakim: Maksud kamu?
Pemuda: Begini tuan hakim, ketika saya dalam perjalanan pulang dari sekolah, gadis ini meminta bantuan saya untuk memboncengnya menggunakan basikalnya sendiri. Dalam perjalanan, apabila tiba di kawasan semak, gadis itu menyuruh saya berhenti. Dia kemudian membuka baju dan seluarnya dan berkata kepada saya bahawa saya boleh mengambil "barangnya" yang berharga dengan percuma. Jadi saya terfikir, kalau ambil baju wanita itu, bukan saya boleh pakai sebab saya lelaki. kalau ambil seluarnya pula, pun begitu juga. Akhirnya , saya ambil keputusan untuk mengambil basikalnya. Itulah cerita sebenarnya.
Hakim: !!!???!!!



Temuduga
Selepas 25 kali mencuba, akhirnya Dol lulus temu duga. Tapi sebelum meninggalkan bilik temu duga, pengurus kilang pun memberitahu...
Pengurus kilang : Untuk permulaan, kita akan bayar kamu RM5 sejam. Tapi lepas tiga bulan, kami akan naikkan gaji kamu kepada RM7 sejam. Setuju?
Dol: Setuju, bos! (lalu menjabat tangan bakal bosnya itu).
Pengurus kilang : Bagus, bagus! Kalau macam tu bila kamu boleh mula kerja?
Dol: Tiga bulan lagi, bos!



Rumah terbakar
Seorang lelaki tua yang sedang bergunting rambut terkejut apabila tiba-tiba pintu kedai gunting itu dirempuh. Yang rempuh ialah lelaki muda, dan kemudiannya menjerit, "Minhat! Cepat balik, rumah engkau terbakar!!!"
Apa lagi, lelaki tua itu pun terjun dari kerusi, terus berlari ke rumahnya, 100 meter dari situ walaupun rambutnya belum siap dipotong dan di dagu penuh dengan buih pencukur. Dia pun berlari, berlari dan berlari macam lipas kudung. Tapi 30 meter sebelum sampai rumahnya, lelaki tua itu tiba-tiba berhenti. "Eh... kenapa aku lari balik ni? Nama aku bukannya Minhat!"

Read more...

Rahsia 5 Jari...

1.Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Luruskankan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.

3.Letak tangan atas meja, perhatikan. Mula dr jari kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia & apa benda pun akan mula dr kecil kemudian membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa saja yg kita lakukan semua semua bermula dari kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri impact dan kesan yg besar pd masa depan.

4.Lihat pula jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la dgn usia remaja..semuanya sweet.. manis mcm jari manis. Masa remaja kita selalu di duga dgn cabaran & dugaan. Hanya iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.

5.Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. Dalam usia 30an kita dah punya status atau ekonomy serta career yg stabil tapi kita kena hati-hati sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau"yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. Jadi kita kena la lipat gandakan ibadat.

6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk tengok betapa Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great mind.

7.Akhir sekali renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek berbeza dgn yang lain tetapi ia menunjukkan kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari...nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat2 apa rujuk la kat org yg lebih tua dan berpengalaman. Kalau kita patuh pd petunjuk mereka, boleh la kita kata "good" or "yes" sambil thumbs up.

Itulah rahsia kejayaan kita. Wallahu A'lam

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP